Jemu Menjadi Stokis Produk Orang ?

Anda sudah jemu ? Jemu jadi stokis produk orang la. Pada saya bagus pada permulaan untuk anda kumpul modal kan. Maklumlah, jadi stokis produk orang kita dapat publisiti iklan kita disiarkan lebih-lebih lagi produk tersebut mendapat permintaan mencanak di pasaran. Tapi, jika anda lebih minat untuk mencipta produk jenama sendiri tidak salah berbekalkan duit modal tersebut. Biasala, bagi yang tak ada modal besar untuk buat produk sendiri boleh cuba jual produk orang lain kan . .


Tapi sampai bila kita nak jual produk orang jika anda dah ada idea nak bina produk sendiri. Selain itu, menjadi stokis produk bukan jenama anda sendiri agak sukar jika syarikat mengenakan syarat-syarat tertentu yang mana anda sukar untuk capai. Bagi saya, setiap bulan mesti kita kena buat belian minimum untuk melayakkan kita bergelar stokis produk orang lain. Tapi bagus juga syarikat berbuat demikian untuk memastikan stokis/mini stokis/agen tidak melakukan penyelewengan.