Cara Buat Kajian Produk

Strategi memilih produk laku keras adalah satu langkah bijak dalam memulakan produk jenama anda sendiri. Anda tidak perlu risau, kita buat sedikit kajian apa produk yang pasaran mahukan dan banyak permintaan daripada pelanggan. Banyak cara yang boleh diguna pakai ketika memilih produk untuk dijual di pasaran. Antaranya anda boleh baca di bawah.

Cara ini dipecahkan kepada beberapa strategi.

  • Strategi #1: Buat kajian

Buat kajian ke atas produk-produk yang mendapat permintaan tinggi seperti produk kosmetik contohnya krim muka, pencuci muka, serum muka dan sebagainya , manakala produk kesihatan meliputi minuman kesihatan, pil-pil, jamu dan seumpamanya dan produk hubungan suami isteri. Dalam memantapkan jenama anda sendiri, jangan abaikan 3 jenis produk laku keras ini.

Kaji kekuatan produk dimana ia mampu menarik minat pembeli untuk mencuba, permintaan pasaran dan harga yang berpatutan. Tak semua pengguna dalam negara kita adalah kaya .

Kemudian, pilih satu produk dan jual.

  • Strategi #2: Tanya kepada pakar

Jalan paling mudah dan cepat adalah bertanya kepada yang pakar. Pakar produk merujuk pengasas produk dan juga kilang. Kerana, mereka sudah lama berkecimpung dalam arena perniagaan produk jenama sendiri. Tidak semudah yang disangka, mungkin akan berlaku persaingan jika produk dalam niches yang sama. Anda kena kreatif dalam mencipta produk sendiri.

Selalunya, pakar-pakar ini akan memberitahu produk yang betul-betul laku dan memberi keuntungan yang tinggi kepada kita. Kerana, kebiasaannya, produk-produk ini mereka repeat order dengan kilang, mereka promosi dan jual.

  • Strategi #3: Niche yang disukai

Perkara utama memilih produk yang laku keras di pasaran. Sebelum memilih produk, ketahui kekuatan diri dengan bertanya kepada diri sendiri, produk apa yang menjadi kesukaan orang ramai untuk menjual. Contohnya, niches pengurusan berat badan, niches kecantikkan kulit muka, niches resdung, niches sakit lutut, niches kencing manis dan sebagainya. Fokuskan pada satu niches supaya pelanggan anda lebih berfokus.

Sekiranya kita suka dengan kecantikkan, pilih produk berasaskan kecantikkan. Jika kita suka dengan kesihatan, pilih produk kesihatan. Kerana, apabila kita suka dengan apa yang akan kita jual, kita akan menjadi lebih bersemangat untuk aktiviti promosi dan menjual.

Langkah seterusnya, ulang strategi #1 dan #2. Untuk menjana keuntungan yang banyak. Begitulah langkah yang perlu anda ikuti dalam menjayakan poduk jenama anda sendiri. Yang penting, doa, usaha dan tawakkal.


Sekian.