Pengasas Kosmetik Jenama Sendiri

Salam,

Korang sihat ke? Tengah-tengah intai produk Qu Puteh ni, tetiba rajin nak menulis pasal usahawan kosmetik Malaysia yang havoc dan berdaya saing. Maklum la, kita orang pun nak kenal juga pengasas kosmetik yang berjaya di Malaysia ni kan.. Kalau boleh jadi macam dia orang kan bagus ..

1. Dato Seri Vida

Nama asal adalah Dato' Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai, Dato' Dr.Vida sememangnya seorang yang tidak asing lagi namanya disekitar Perak ini kerana Beliau telah dikenali dengan penghasilan & kualiti produknya yang kian tersohor di tanah air kita. 

Beliau adalah anak kelahiran Kelantan dan telah berkecimpung dalam dunia perniagaan ini hampir 16 tahun. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda jurusan Pendidikan & Perniagaan di Universiti Sains Malaysia Penang. Seterusnya melanjutkan pelajaran hingga peringkat  PHD jurusan Biologi di Universiti Charles Molnar, Hungary. 

Sebelum beliau berkecimpung sepenuhnya dengan aliran Perniagaan ini, beliau adalah salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Poi Lam, Ipoh. Beliau telah mengambil keputusan yang berani dengan meninggalkan karier beliau selaku guru dan beliau telah berusaha dengan jayanya. Dengan usaha beraninya itu,  beliau telah berjaya membuka sebanyak 38 cawangan di sekitar Perak, Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah, Penang dan Kelantan. Sekarang ni punyalah glemer tagline Qu Puteh, Qu Puteh Barulah Putih 

2. Dato Alif Syukri

Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau ,kuala lipis, Pahang. Beliau telah berpindah dan bersekolah di sekolah Kebangsaan Sg.Besar,Selangor kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Telok Gadong Klang. Selepas itu beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage. Tagline tersohor Terlajak Laris !!

Ini antara wajah2 pengasas kosmetik yang dikenali. Anda tak nak jadi sebahagian daripada mereka? Jom buat produk jenama sendiri..

Anda boleh masuk website asal penulis untuk mengetahui cara-cara membuat produk jenama sendiri . Klik sini.
Saya syorkan anda beli sekarang jika anda mahu menjadi pengusaha produk jenama sendiri yang berjaya ya.. :)
Read more ...

Kisah Usahawan Kosmetik Berjaya


Profil Usahanita 


WANITA ini mengakui pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh kedaifan dan serba kekurangan hinggakan pada suatu ketika bayinya diberi minum sirap bagi menggantikan susu. Kepayahan dan penat jerihnya tidak berbayar dengan kesenangan malah ia pernah meragut nyawa anak keduanya yang sakit dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan terbaik.


Pepatah hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat sungguh terkesan di hati dan mencabar dirinya untuk bekerja lebih kuat bagi memperoleh pendapatan yang selesa.

Sebelum bergelar usahawan yang berjaya dengan empayar perniagaan sendiri, Rozita Ibrahim mengakui pelbagai peristiwa duka melingkari perjalanan hidupnya.

Ketabahan, kekuatan dan sentiasa yakin terhadap usaha sendiri dibalas dengan kejayaan yang mengangkat dirinya menjadi usahawan yang disegani. Baru-baru ini beliau dianugerahkan Usahawan Wanita 2005 oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Kepada wartawan RAHANA MD dan jurugambar MOHD. SHAHARANI SHAIBI, Rozita berkongsi sedikit pengalaman hidupnya di ibu pejabat Sendayu Tinggi yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Boleh ceritakan sedikit apakah yang mendorong anda untuk berubah?



ROZITA: Kesusahan yang melingkari hidup sejak kecil. Dek kerana kemiskinan yang diwarisi daripada keluarga, saya hidup serba kekurangan. Saya dikahwinkan dalam usia belasan tahun dengan lelaki yang bukan daripada golongan senang menjadikan kepayahan yang terbeban berganda.

Di sisi suami, saya menoreh getah dan menjalankan perniagaan kedai runcit namun kami tetap susah.
Jodoh kami tidak lama, di mana akhirnya membawa saya ke kota dan membuat macam-macam kerja daripada kerja kilang, penyambut tetamu, eksekutif promosi dan pemasaran hinggalah ke perniagaan jualan langsung. Terasa lapang sedikit tetapi saya mahu lebih berjaya kerana enggan hidup melarat lagi.

Justeru, apakah yang anda lakukan seterusnya?



Selepas menjalani episod duka yang berterusan saya mengambil keputusan menghasilkan perniagaan sendiri. Alam semula jadi paling hampir dengan kehidupan saya sejak kecil dan saya akui pernah menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubat anak kedua yang sakit dan lumpuh semasa saya hidup susah.

Bermodalkan RM400 saya mulakan perniagaan dengan menjadikan herba sebagai sandaran. Untuk meyakinkan pelanggan, saya gemukkan badan, kemudian makan dan amalkan produk yang dijual dan hasilnya memuaskan. Saya lakukan sebanyak tiga kali dan mula menjual dari rumah ke rumah. Sambutan yang diterima menggalakkan dan mendorong saya menubuhkan Sendayu Tinggi Enterprise pada awal tahun 2000 dengan menyewa kedai di Plaza Majlis Perbandaran Klang.



Apakah anda berpuas hati dengan hasil yang dicapai ketika itu?



Syukur, seperti yang direncanakan, perniagaan saya berkembang maju dan sambutan terhadap produk Sendayu Tinggi amat menggalakkan terutama produk pelangsingan badan. Kebetulan ketika itu kebanyakan masyarakat kembali menggunakan produk warisan nenek moyang terutama herba yang sekali gus meningkatkan jualan.

Selepas beberapa tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan yang penuh persaingan dan dugaan, saya mengambil keputusan meluaskan empayar. Kini Sendayu Tinggi Enterprise menubuhkan Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. dan mempunyai sembilan anak syarikat termasuk Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd. dan Sendayu Tinggi Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd..



Apakah yang mendorong anda untuk terus mencipta kejayaan?



Anak-anak menjadi iltizam untuk saya terus berjuang meningkatkan pencapaian pendapatan dan ekonomi. Saya pernah menjadi wanita yang hanya mengikut perintah melakukan pelbagai pekerjaan tetapi apabila saya bangun dan berjalan, saya tidak akan menoleh lagi. Saya berjanji kepada anak-anak untuk menjadi ibu yang baik kerana dahulu saya kurang limpahan kasih sayang. Namun, saya belajar daripada pengalaman. Kasih sayang menjadi kunci kebahagiaan selama-lamanya.



Apakah yang anda kongsi dengan masyarakat?



Berkongsi ilmu kecantikan melalui konsep herba di samping menerapkan dalam diri mereka agar berusaha gigih dan tidak putus asa. Selain menawarkan produk yang berkualiti kepada pelanggan, saya turut menyalur sumbangan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, anak yatim dan warga tua. 

Walaupun wang ringgit tidak mampu menandingi nilai kasih sayang tetapi saya dapat menggembirakan mereka. Saya sayangkan masyarakat dan ingin disayangi oleh masyarakat. Harapan utama saya kini mahu membantu mereka terutama ibu tunggal yang susah atau sesiapa sahaja untuk menceburi bidang perniagaan dengan menjadi pengedar Sendayu Tinggi untuk meningkatkan pendapatan.



Apakah rahsia kejayaan yang anda raih?



Ada racun dan ubat dalam diri sesiapa sahaja dan terpulang kepada kita memilihnya. Saya berpegang kepada kejujuran dan keikhlasan yang menjadi santapan rohani dalam urusan perniagaan dan kehidupan. Saya percaya hidup ini umpama roda yang ada kala di bawah dan kemudian berada di atas, lantas semasa di puncak saya minta kepada Tuhan agar tidak lupa diri.



Apakah pencapaian terkini anda?



Sendayu Tinggi telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional dan kilang ini telah memperoleh lesan Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang terletak di Pulau Indah, Klang, Selangor. Jumlah pengedar kini lebih 2,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di Jepun, China, Taiwan dan Korea.

Ke manakah hala tuju Sendayu Tinggi selepas ini?

Selepas berjaya memenuhi pasaran produk herba tradisional di pasaran Malaysia selama tujuh tahun, saya bercita-cita membentuk usahawan wanita daripada golongan yang kurang bernasib baik dari segi peribadi mahupun pencapaian karier. Kebanyakan jaringan Sendayu Tinggi berjaya dibimbing melalui roadshow yang berbentuk motivasi.

Nak ada produk sendiri seperti Sendayu Tinggi boleh Klik Sini
Read more ...

Untungnya Buat Produk Sendiri

Salam ceria,

Anda bercita cita untuk mencipta & memformulasikan produk kecantikkan jenama anda sendiri.. Wah! Satu idea yang menarik dan bijak. Perlu ditekan kan, membuat produk jenama sendiri itu mudah sebab anda boleh approach mana-mana kilang OEM di Malaysia. Anda cuma beri bahan yang nak dimasukkan, packing anda, harga, formulasi dan sebagainya..



Tetapi, usaha yang besar perlu dilakukan selepas produk anda terhasil. Katakan anda nak buat produk hilangkan jerawat.. Anda perlu tahu sasaran anda, umur mereka, minat mereka, pasaran yang hendak anda jual dimana dan seumpamanya.. Ini membolehkan produk anda hasilkan laku terjual bukannya di simpan bawah katil

Kos marketing juga perlu diutamakan.. Marketing memerlukan kos yang tinggi.. Supaya kos pemasaran produk anda tidak lebur baik fikirkan seelok-eloknya produk apa yang anda mahu hasilkan dan mendapat permintaan pasaran.

Katakan produk kecantikkan anda hasilkan berjaya menakluk pasaran dan mendapat permintaan besar saya rasa ini peluang anda buat duit yang lumayan. Betapa untungnya anda boleh hasilkan produk sendiri dengan kos yang minimum. Katakan modal produk RM10, anda boleh mark up sampai puluh malah ratusan ringgit atas kemahuan sendiri. 

Langkah-langkah Membuat Produk Jenama Sendiri

Antara Isi Kandungan ebook tersebut sangatlah banyak :

  • 10 Cara step by step dibongkarkan.
Step ini bukan sebarangan step. Langkah - langkah untuk mengendalikan produk jenama anda sendiri. Langkah bermula dan sehingga langkah pemasaran produk dimana langkah yang mencabar dan menelan kos.

  • 1 Jalan shortcut saya tunjukkan dalam ebook ini.
Jalan shortcut untuk mencari kilang yang benar-benar memberi harga mampu milik . Modal yang rendah dan keuntungan yang lumayan.

  • Contoh-contoh idea produk juga penulis sediakan.
Ia tidak tertakluk kepada makanan sahaja malah produk-produk seperti perfumes, krim muka, pencuci muka dan seumpamanya juga turut disenaraikan.

  • Siapa yang melakukan kajian terhadap produk.
Orang yang bertanggungjawab dalam mengkaji keselamatan produk kesihatan dan kecantikkan anda. Almaklumlah, nak ada produk jenama sendiri perlu la kita buat produk yang selamat dan juga tidak memudaratkan pengguna .

  • Siapa pembekal botol dengan rekaan menarik.
Pandai ke nak reka botol sendiri. Ni termasuk langkah pembungkusan produk. Botol yang tahan lasak dan juga selamat daripada bahan kimia BPA jika botol plastik .

  • Bagaimanakah R&D terhadap produk dilakukan.
Tips ini penting untuk anda kerana produk kesihatan dan kecantikkan jenama anda sendiri mesti melalui R&D untuk menjamin kualiti dan keberkesanan produk tersebut.

  • Proses kelulusan KKM dan pengurusan untuk lulus.
Ya. KKM produk juga kena ada untuk meyakinkan pengguna. Pengguna sekarang agak cerewat dalam memilih produk. Jadi, jika produk anda laris dan tak ada KKM mungkin pelanggang anda risau untuk mencuba. Kami ajar anda cara apply KKM.

  • Proses status halal & panduan urusan.
Status halal pun penting untuk meningkatkan kepercayaan produk kita dalam kalangan pengguna. Status halal JAKIM la kalau kat Malaysia anda kena ada prosedur tertentu. Penulis akan tunjukkan caranya. Jangan risau .

dan banyak lagi seperti yang tersenarai dibawah. Saya tak mahir sangat nak cerita panjang lebar. Kena baca kat web penulis sendiri.
  • Cara-cara pengeluaran produk anda.
  • Case study produk dibongkarkan.
  • Kajian pasaran produk semasa.
  • Kaedah memasarkan produk anda.
  • Tindakan selanjutnya selepas baca.
Anda boleh masuk website asal penulis untuk mengetahui cara-cara membuat produk jenama sendiri . Klik sini.

Saya syorkan anda beli sekarang jika anda mahu menjadi pengusaha produk jenama sendiri yang berjaya ya.. :)
Read more ...

Berniaga Produk Jenama Sendiri Lumayan

Hai .. 

Anda berimpian untuk memiliki produk kecantikkan jenama sendiri? Ternyata...ini peluang keemasan anda sebab dalam Malaysia ni produk kesihatan menjadi demand yang tinggi.. Tidak dinafikan, ada saja produk baru dalam pasaran kan.. Semua orang sedar, berniaga produk kecantikkan ni memang lumayan.. Anda tak nak cuba ke ?

sumber : mstar online

Anda bebas meletakkan harga produk anda.. Katakan anda nak untung RM50 satu produk, tiada siap nak marah pun .. Kalau jual produk orang tak boleh jual sesuka hati kita kan... Nak rasa bebas meletakkan harga produk kecantikkan anda kena buat produk sendiri.. Bayangkan satu produk untung RM50, kalau 1000 unit dah berapa ? Tu belum masuk lagi repeat order dari agen , stokis dan mini stokis kalau ada.

Sebab itulah, trend orang berniaga sekarang menjurus kepada bisnes produk kecantikkan.. Saya pun nak ada produk sendiri. Nak ada pasaran sendiri, nak ada agen & stokis sendiri dan juga nak ada iklan sendiri kat media.. hihi. 

Antara contoh syarikat kosmetik & kesihatan yang berjaya hari ni, yang selalu uolss nampak seperti:

1. Dherbs Terlajak Laris
2. Qu Puteh / Pamoga
3. Aurawhite
4. Dnars skincare
5. Simplysiti
6. Dn Hans Gold
7. Almas Beauty
8. Sendayu Tinggi
9. Chrisen moist cake
10. Auramen

dan banyak lagi nak senaraikan... Anda boleh jumpa dalam laman iklan seperti televisyen, majalah, surat khabar dan channel lain lagi... Semua tu adalah produk brand sendiri.. Anda patut mencipta brand sendiri jenama sendiri seperti mereka..

Jika anda seorang pemilik perniagaan, anda akan mempunyai kelebihan berikut:-

 1) Mempunyai banyak masa bersama keluarga, isteri dan anak-anak.
 2) Tidak terikat dengan masa bekerja 8pg-5ptg. Kita sendiri bebas menentukan.
 3) Mempunyai peluang untuk memiliki rumah dan kereta di usia muda.
 4) Mempunyai ruang masa dan duit untuk  bercuti hampir setiap masa.

Oh ya! Saya tertarik dengan kisah seorang anak muda yang sudah mampu menjana sehingga melebihi 5 angka setiap bulan.

Beliau tunjukkan dan berikan panduan  kepada anda, rahsia bina produk jenama sendiri terbongkar!

Dapatkan sekarang di: Rahsia Buat Produk Sendiri
Read more ...