Kilang Membuat Produk Jenama Sendiri

As Salam,

Tips kali ni saya nak cerita pasal kilang yang boleh anda buat produk sendiri. Kalau tak ada duit juta-juta boleh buat kontrak dengan kilang produk. Jadi, anda tak perlu beli mesin, upah pekerja, buat penyelidikan dan lain-lain. Semua ini kilang produk boleh buatkan untuk anda. Dah boleh berjimat kan ??

via footage.shutterstock

Kilang 1 : http://www.intanbiotech.com.my

INTAN BIOTECH INDUSTRIES S/B adalah sebuah syarikat dinamik dan merupakan pakar  dalam menyediakan bahan-bahan mentah untuk pembikinan produk penjagaan kesihatan. Kami mengkhusus dalam membekalkan bahan inovatif dan terkini melalui rangkaian  eksklusif dengan pengeluar terkemuka di seluruh dunia yang terus menyelidik bahan-bahan baru dan inovatif berdasarkan dokumentasi saintifik dan klinikal.

Untuk berada di barisan hadapan sebagai pengilang utama pengeluar produk penjagaan kesihatan dan membantu pelanggan kami mencapai prestasi optimum dengan produk yang berkesan untuk bersaing dalam pasaran global.

Kilang 2 : www.goldenswanbiotech.com

Kontrak Pengilangan Untuk Jenama Sendiri di Bawah Satu Bumbung

GSB adalah sebuah syarikat yang menyediakan bahan-bahan mentah serta sokongan formulasi bagi produk penjagaan kesihatan dan kecantikan yang disokong oleh kepakaran teknikal serta rangkaian pengilang-pengilang bertaraf GMP.

GSB berada dalam perniagaan suplemen kesihatan, bukan sahaja menyediakan bahan mentah tetapi juga pelbagai formulasi – termasuk pengawalan berat badan, kolesterol dan kawalan glukosa, nutrisi kesihatan mata, penambahbaikan memori, kesihatan tulang (osteoporosis), kesihatan sendi (osteoartritis dan tendonitis), produk anti penuaan (keanjalan kulit, penghidratan & de-pigmentasi & ketegangan), meningkatkan imuniti, kesihatan prostat, dan sebagainya.

GSB mempunyai pengalaman serta kepakaran  dalam menyediakan formulasi yang paling selamat dan berkesan dalam bentuk cecair, pil, kapsul, semburan, serbuk, gel, losen dan banyak lagi.

Anda boleh mensyorkan konsep kreatif anda atau menggabungkan ramuan dari suplemen kegemaran anda. Syarikat kami akan berusaha untuk mencipta produk yang sesuai, selamat dan berkualiti tinggi. Kami berkeyakinan tinggi  dapat memenuhi kehendak serta kriteria yang anda harapkan dari segenap sudut.

Pakar  kami akan menggabungkan  pengetahuan mereka untuk menghasilkan produk yang anda inginkan yang  dapat mewujudkan produk khusus bagi memenuhi keperluan kesihatan sasaran demografi anda. 

Kilang 3 : http://kelantanbiotech.com.my/

Kilang berstatus GMP dan Halal milik Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. boleh membantu usahawan yang berminat untuk mengeluarkan produk di bawah jenama sendiri. Perkhidmatan secara kontrak pengilangan (contract manufacturing) atau ‘OEM’ ini boleh diumpamakan seperti proses “outsourcing” iaitu kerjasama pintar, ‘win-win situation’ antara Usahawan dan Pengilang dalam menghasilkan produk berdasarkan formulasi, kajian dan bahan mentah yang telah diperakui lebih awal.

Kebaikan “OEM” Kepada Usahawan kosmetik

Jimat kos – kerana wang tidak perlu lebur dengan kos pembelian mesin pengeluaran, kos R&D, kos ujian produk dan gaji pekerja yang mahal-mahal.

Kepakaran tinggi – tidak perlu memiliki IQ yang tinggi dalam penghasilan formulasi. Dengan pengalaman yang ada pada pengilang, kami memiliki tenaga pakar yang mengkaji kesesuaian adunan dan juga rangkaian pembekal bahan mentah yang sinonim dengan produk dalam pasaran.

Kualiti – tidak perlu resah pada keselamatan produk. menjalani Ujian kualiti kontrol, ujian kestabilan, ujian fizikal di makmal untuk mengesan awal potensi kesan buruk pada pengguna.

Fokus – cuma perlu memerah otak pada ‘core business’ semata-mata manakala perihal ‘production’ telah diselesaikan.

‘Economi of scale’ – kerana pelaburan jangka panjang anda bersama kami, penjimatannya akan mula dirasai apabila bilangan produk semakin bertambah. Permintaan pelanggan yang unik dan kompleks perlukan formulasi baru dihasilkan. fasiliti pengilangan dan makmal yang ada memungkinkan anda masih kekal dan berdaya saing dalam pasaran.

dan ada banyak lagi kilang . Anda nak tahu kena baca sini, Klik untuk Panduan Membuat Produk Jenama Sendiri .
Read more ...